Powered By Blogger

Sunday 11 March 2012


2 gol hadiah buat ibu, ayah: Khyrill
Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2012/03/12

KHYRILL (depan) kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dalam saingan Liga Super.
KHYRILL (depan) kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dalam saingan Liga Super.
Penyerang mahu ledak lagi temui NS 17 Mac ini 

“SAYA menghadiahkan dua gol ini untuk ayah dan ibu yang tersayang,” kata Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang membantu Kedah menewaskan Perlis 3-2 dalam saingan pusingan kedua Piala FA, kelmarin.
“Mereka sudah banyak berkorban menjadikan saya seorang pemain bola sepak yang berjaya bersama Kedah.”
Penyerang kebangsaan itu menambah betapa dia tidak menjangka dapat menjaringkan dua gol di Stadium Darulaman selepas buntu tanpa jaringan ketika bertemu PKNS pada saingan pusingan pertama Piala FA dan juga dalam Liga Super menentang Selangor. 

“Dua jaringan ini adalah untuk ayah dan ibu yang sentiasa memberi sokongan moral dan juga kewangan kepada saya sejak memulakan kerjaya bola sepak di peringkat sekolah. 

“Saya juga tidak lupa menghadiahkan dua jaringan ini sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan 15,000 peminat setia yang membanjiri Stadium Darulaman dan membakar semangat juang kami di padang,” katanya. 

Khyrill kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dan mahu menyambung usaha itu apabila Kedah menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 Mac ini untuk memperbaiki kedudukan di Liga Super. 
“Kini bukan hanya saya saja menjadi penjaring gol bagi Kedah tetapi Faizal Abu Bakar dan Safi Alfatah dari Maghribi sudah berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring. Tiga gol kelmarin adalah pertama dalam satu perlawanan oleh pasukan setakat ini,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment